Home » » TERSALAH LANGKAH: KENING AMAR BAHARIN KOYAK DI TUMBOK DI SET PENGGAMBARAN!!

TERSALAH LANGKAH: KENING AMAR BAHARIN KOYAK DI TUMBOK DI SET PENGGAMBARAN!!

Written By mawarsari on Saturday, April 25, 2015 | 10:22 PM


#Pelakon sedang meningkat naik, Amar Baharin mengalami kecederaan di bahagian kening  akibat ditumbuk ketika menjalani penggambaran drama Jalan Cinta Ke Syurga  Ahad lalu...

#Menurut Amar, 30, kejadian berlaku sewaktu dia bersama 10 pelakon tambahan berlakon dalam babak aksi dan ketika penggambaran dijalankan tanpa disedari dia terkena tumbukan daripada salah seorang daripada mereka...

"Ketika kami sedang berlawan, saya tidak sempat untuk menepis tumbukan lawan saya. Tetapi masa itu saya tak rasa sakit...

"Dua jam selepas kejadian barulah saya ke Hospital Pakar KPJ Rawang untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu luka saya agak dalam dan ia perlu dijahit," katanya seperti dipetik menerusi mStar Online...

#Walau bagaimanapun Amar dia meminta doktor tidak menjahit luka tersebut sehinggalah dia selesai menjalani penggambaran drama tersebut...

"Mengikut kata doktor, saya perlu berehat sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu sehingga kesan koyak itu pulih....

"Apapun terpulang pada pihak produksi adakah mereka mahu menunda penggambaran tersebut," ujarnya....

#blogpanas

SHARE

About mawarsari

0 comments :

Post a Comment