#Sedia maklum sebelum ini penyanyi Kaka Azraff dikaitkan menjadi punca utama kepada perpisahan aktres Tasha Shilla dengan bekas kekasihnya, Hans Wong...
#Terbaru, Kaka tampil menjelaskan berasa amat terkilan dengan kenyataan Tasha yang menuduh dia cuba mendampingi bekas kekasihnya itu...
#Menurut Kaka, Tasha tindakan Tasha mengeluarkan kenyataan tersebut di media tanpa berbincang dengannya adalah satu tuduhan yang melampau...
"Saya tidak sangka Tasha menuduh saya sebegitu. Saya pernah berborak dengan Hans di sebuah majlis, tetapi kami borak biasa sahaja..
"Selepas itu saya tidak pernah berhubung apatah lagi mahu berbalas mesej dengan kekasih dia.
"Bagi saya tuduhan Tasha terhadap saya itu melampau dan hanya mahu mencari publisiti murahan," katanya seperti dipetik menerusi mStar Online.
#Ahad lalu, Tasha menerusi sebuah akhbar mingguan mendedahkan Kaka cuba mengambil kesempatan untuk rapat dengan kekasihnya ketika mereka dilanda masalah...
#Jelas Kaka lagi, gosip tersebut adalah fitnah yang sangat berat, namun menganggap ia sebagai publisiti percuma yang diraih dalam mempromosikan single lagu terbaharunya, Bukan Hal Aku...
"Walaupun ia satu fitnah yang tidak boleh diterima akal, saya positifkan diri bahawa ia satu publisiti untuk menaikkan nama saya....
"Tambahan pula sekarang ini saya sibuk mempromosikan lagu Bukan Hal Aku. Dan yang penting, apabila isu ini timbul, ia memberi pengajaran besar buat diri saya agar berhati-hati memilih kawan," ujarnya...
0 comments :
Post a Comment