#Lama rasanya tak dengar mengenai pelakon manis lagi jelita, Izara Aishah. Korang ingat lagi tak gosip Izara bercinta dengan anak tiri penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza tu..
Artikel Berkaitan : Lagi Gosip Anak Tiri Siti Nurhaliza, Apa Komen Izara Aishah Selepas Dikaitkan Bersama?
#Hmm, kalau baca melalui statement Izara sebelum ini, jejaka yang bernama Adib ni cuma kawan lama saja. Tak ada apa-apa hubungan pun....
#Tetapi, sekeping foto yang mula tersebar seolah-olah menidakkan jawapan Izara terhadap status hubungannya....
#Difahamkan, foto itu tersebar apabila sebuah blog hiburan terkenal memuat naik foto tersebut. Dek kerana itu, ada beberapa peminat Izara menggelarnya wanita murahan. Hmm kenapa sampai begitu ya?...
#Kalau korang nak tahu, foto tersebut menunjukkan Adib sedang memeluk pinggang Izara namun, tangannya dilihat terletak dibahagian pinggul. Hmm, apa lagi, keyboard warriors pun pantas je membambu pasangan ni....
#Ada yang mempersoalkan tindakan jejaka itu, ada yang menggelar Izara dengan bermacam gelaran. Tepi, yang lucunya, ada juga yang mengaku Izara kekasih diorang tau! Hehe....
#Kami pun masih tertanya-tanya status sebenar Izara dan Adib ni. Nak kata kawan macam tak, nak kata bercinta dinafikan pula....
#Apapun, kami tetap sokong karier lakonan Izara, cuma nasihat kami janganlah sampai kontroversi memakan diri ye.....
#blogpanas
0 comments :
Post a Comment